Sunday, July 5, 2009

Rintihan Jiwa Yang Kelaparan

Di tengah kesibukan kota yang menyaksikan sekalian manusia berlumba kejar-mengejar menuju kemewahan dunia, tanpa disedari terdapat di satu sudut sekumpulan manusia yang meringkuk kesejukan, kehausan lagi kelaparan mereka ini miskin harta dunia…yang lebih menyayatkan lagi di suatu sudut terdapat jiwa-jiwa menangis merintih kesakitan, kesejukan, kebuluran serta kehausan. Mereka tidak diberikan pakaian ketakwaan, mereka mencari di manakah keimanan demi mengubati kesakitan, bahkan mereka teresak-esak merayu demi mendapatkan secebis makanan rohani dan setitis minuman amalan yang merupakan tazkirah ilmu dan tazkiyah jiwa..

Rintihan demi rintihan, rayuan demi rayuan namun, mereka langsung tidak diendahkan.. adakah mereka ini berkeseorangan?? adakah mereka ini tiada bertuan?? Tidak!!! mereka tidak berkeseorangan bahkan mereka juga mempunyai tuan. Tuan mereka adalah tuan empunya badan, tuan mereka adalah makhluk yang bernama polan bin si polan..

“Aduhai…dimanakah hakmu kepadaku hai tuan..?? ingatkah dikau akan janji kita di luh mahfuz dahulu?? Tahukah kamu bahawa kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah kau janjikan.. ataukah kamu masih menganggap bahawa waqi’ah itu masih jauh barabad-abad lagi dihadapan??”. Bertalu-talu soalan yang diajukan, namun masih lagi tiada perhisaban, lalu ia merayu lagi,“berikanlah padaku sedikit makanan, berikanlah padaku sedikit minuman, tolonglah... aku haus, aku lapar, hai teman, carilah sebanyak mungkin bekalan agar tidak menyesal di saat pertanggungjawaban. Ketahuilah oleh kamu bahawa ianya adalah yang paling dekat denganmu dan setiap saat liang lahad akan sentiasa memanggilmu”.

Manusia amat memandang remeh sekali dengan azab pada “yaumul hisab”. Mati merupakan sesuatu yang amat ditakuti oleh manusia. Islam menyeru kita supaya mencari bekalan yang sebanyak mungkin untuk menghadapi alam akhirat yang kekal abadi. Akan tetapi, perkara yang pelik berlaku pada umat sekarang ini di mana mereka takutkan mati bukan kerana tidak cukup amal bahkan cintakan dunia!! Inilah penyakit yang disebut oleh Rasulullah dan bermain-main di bibir para sahabat, iaitulah penyakit al-wahan.

Seruan ini adalah untuk futuwah-futuwah dan hat-hati yang terlalu rindukan wangian syurga, juga bagi mereka yang rindukan rahmat dan mengharapkan peluang untuk melihat wajah Allah S.W.T yang maha agung. Janganlah kita merobek jiwa kita untuk mendapatkan kehidupan dunia yang sementara.